Want your
own Fotopage?











 
Hari ini kau datang riang

By: ina arshad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jul-2008 12:33 Email | Share | Bookmark
Jalan-jalan awal minggu

 
 
pastikan guna jenama Oillio
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bersambung kebusyan. tetamu2 Chiba-ken pulang Ahad petang dan ku berehat2 di malam hari. Menonton Wimbledon finals sampai ke pukul 530 pagi. pergh memang best. Sampai rasa nak tukar nama Kuden jadi Rafael. hehehe.

Isnin pagi pukul 10 telefon rumah ku berdering2. Tiada lain selain dari bakal cik puan Zehan. Diceritakan ranjau dan onak yang telah dilalui untuk menerima sekeping kertas kebenaran itu. Lalu ku nasihatkan untuk terus berjumpa yang berkenaan di taishikan. "Jom kita pergi naik kereta", kata cik puan. Tapi bukan dengan Kuden tapi dengan cik Tiida An. Sebelum tu singgah masjid Jamek Turki kat Yoyogi Uehara untuk urusan seri paduka baginda.

Then ke kedutaan besar malaysia di Jepun. Daku pun ambil kesempatan untuk buat claim top-up elaun yang telah ku tangguh2kan sekian lama. (duit dah habis baru tercari2 nak korek lubang mana). Maka berjumpalah daku dengan pegawai taishikan paling best abad ini , Encik Redha. hehehe. Siap kena perli sebab lama sangat nak claim. Cik Puan Zehan pulak pergi jumpa Encik Kadi Amir. Ne no ne no, maka bantuan pun telah diberikan. Maka semakin clear jalan yang perlu dilalui oleh cik puan. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi dari kami untuk pegawai2 kedutaan Malaysia di Jepun (ecececeh... lebey2 lak puji kan )

Pastuh An ajak jumpa Puan manis manja di Yokohama. Ku mahu perkenalkan kerana mana tahu An boleh tuntut ilmu dari Kak Hani. Maka bergeraklah dari Shibuya ke Tsurumi, 1.5 jam perjalanan. Dapat jumpa Aimee yang hari tu termiss masa bday party dia. Dah kurus cik adik comel itu. Borak2 dan dapat tips2 keluarga bahagia masyarakat cemerlang dari kak hani. Mekasih kak hani kerana sudi terima tetamu mengejut.

Pastuh An ajak balik tidur rumahnya sebab hari ni dia nak ajak pergi Costco Tama Sakai. yay!! memang tempat fav daku tuh. Sebab teringin nak makan tenpura. Nak cari udang fresh kat situ dan ikan apa nama yang ku dah beli minggu lepas yang begitu sedap sekali digoreng begitu saja. Seperti biasa dah berjalan2 di setiap lorong, TERBELI pulak Corelle square white 16-piece set. yahuuuuuuu. ahaks. On the way balik, singgah pulak Ito Yokado kat Minami Osawa nak cari tepung tenpura aje. Tapi akhirnya terbelilah bahan2 lain untuk dibuat tenpura dan inilah hasil2nya.

Quote:
udang, cendawan, labu, rebung, bendi, isi ketam goreng tenpura
ikan tak tahu nama tapi rasa macam ikan air tawar kat malaysia goreng
miso shiru kepah dan lobak putih
nasi beras jepun
teh lemon gogo no kocha ais


Makan dua orang sampai terlentang. Kalau ada Puan Ah, datin liana dan engku najwa yang diundang tetapi tidak sudi itu (kih kih) kan lebih enak dapat makan ramai2.

Sekian, pengembaraan weekdays ku kali ini. Sehingga bertemu di lain siaran.




ina.... jeles sungguh ngan u nih.... makanan sedap2nyaaaaa.... Wed 9-Jul-2008 00:08
Posted by:Nad  - [Link]
akak..labu tu sedap ye goreng tempura..saya tau masak lemak je..hehehhehe Thu 10-Jul-2008 01:33
Posted by:mama umairah sunetcute@yahoo.com
Nad, ina kalau tgk gambar2 masakan hang lagilah terliur habis . Tambah tengok hasil2 tanaman hang tu... jeles jeles.

Sunet, kat sini sume boleh goreng tenpura. Tu rebung pun sedap.
Thu 10-Jul-2008 02:33
Posted by:ina
laaa.awat tak habaq nak update blog balik...dulu2 asyik2 tgk cinderarella disneyland tu..terkikih ketawa ngan BM yang sungguh diangkat mulia...Puan manis manja la, keluarga bahagia masyarakat cemerlang laa...rasa macam nak dengar jugak je puan manis manja bercerita tips2 bahagia beliau..Semoga cikpuan An dapat melalui hidup bahagia bersama yang tersayang selepas ini dengan jayanya.. Fri 11-Jul-2008 10:47
Posted by:samjap
saaaaaaaaam. ogenki desuka? hehehhe kita harus memperkasa budaya bangsa kita. kalau tak kita, sapa lagi nak guna BM tuuuu. Begitu juga harapan daku pada cikpuan An. Wed 16-Jul-2008 11:08
Posted by:ina


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.