Want your
own Fotopage?











 
Hari ini kau datang riang

By: ina arshad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 1-Jul-2007 23:54 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih Tuhan, hari ini Jumaat, melongkang & Dapur Pertama

Shibuya
 
 
View all 19 photos...


Quote:
sejak akhir2 ni, weekend i sentiasa full, ada aje jemputan ke sana ke mari. Hari ini kitorang meraikan kefreean jiran i yang tetiba pulak nak cuti baito. ahli ronggeng kali ini - daku, bella, fae, liana & wanie. tempat berkumpul - shibuya eki.

TGI - ada orang buat housewarming kat restoren favourite gwe. waduh2. lama giler lepaks dari kul 145 sampai 430 kot. sampai waitress tu sendiri hulur bil kat kitorang. uhuks. sankyuu cik belle. moga bertambah murah rezeki you, lain kali boleh belanja lagi

pastu kuar masuk kedai kat shibuya. berpindah pula ke shinjuku. singgah kinokuniya. ku dapat buku Grisham yang baru. suka suka. pastu perkenalkan pada Wanie, Judith McNaught. beli wanie.. jangan tak beli

gi kabukicho, main bowling pulak. seronots main suka2. tak sangka skill ku tak hilang lagi rupanya. bolehlah... Malam masih muda. pukul 9 melepak pulak kat First Kitchen. makan2, borak2. Pukul 11 kami pun pulang.



hahahaaaa...kita semua pemenang ek kakina,xlayakla nk jadik pemenang.u xpela hebat!!
nnt kuar lagi keyh,u survey2 la tempat menarik

note:selamat berspaaaa...mcm best tp poket dh kosong...taleh joins
Tue 3-Jul-2007 04:13
Posted by:~bella  - [Link]
u sudah pokai, bagaimana mahu beronggeng. ganbatte kerja kumpul duit (hahahah bukan nak suruh gambare study)

mekasih, excited nih, pasni i bagitahu pengalaman i. bagi u terusyar sambil teringin nak pergi
Wed 4-Jul-2007 13:49
Posted by:kak ina
Add comment


Saturday, 23-Jun-2007 20:40 Email | Share | | Bookmark
my favourite past time

muka2 khusyuk
@karaoke kan harajuku
me & jannah
View all 23 photos...


lama tak update. apa kata kali ni.. kita update ikut temalah. tema kali ini....

Quote:
KARAOKE!! Ini ialah hobi kebangsaan warga Jepun. Oleh itu, kami yang menumpang hidup di sini jua patutlah mengikut. kata orang, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang jepun, melalak!! kuang kuang kuang.

Sebelum datang sini, sempat sekali karaoke kat Malaysia kat Redbox Plaza Pelangi. Mai sini first time karaoke Golden Week 2005 dengan Ifan, Gigi, Fazu, Maro & Fizi. Masa tu hampeh satu lagu Jepun pun tak tahu, nyanyi English aje. Tapi lagu Hana-Orange Range yang Gigi nyanyi terus melekat kesedapannya. Tapi sekarang, aku selalu layan lagu Jepun je. Nak practice Nihongo lah katakan.

Tempat2 karaoke selalu lepak sama ada Big Echo, Karaoke Kan, Shidex, Circus. Geng2 selalu karaoke ialah Didie & Nikki. Tapi sekarang, wa sorang pun layan je.

Haaa.. kat Shin-Okubo ada karaoke Melayu (update: baru pergi petang tadi, dah takde dah, bungkus). Tapi tak larat seh nak tarik suara CT, ZZ atau Aishah. Ho ho ho, guys, bila nak karaoke lagi?


hahahaA...kelakaunye gamba kita bedua kt shidax tuh kakinaaa rajin btoi u berkaroke kan,u xpela manyak fulus,dont have to worry about money!!uhuk beshnye jd u,duet tarak masalah
eh eh,dh bungkus ke karoke kt shinOkubo tuh..mmg xde org nk pegi pon..service xbgs langsung harap ade lagu melayu 2,3 ketul camno nk jalann..ntah ntah customer dia u n kita2 jek kots kakina tp sore u mmg shedapss banget kakina,luv karoke too tp dolu2la...skang nih dh malasss sbb tatau nk nyanyi lagu ape dh..no new song..huhu
Mon 25-Jun-2007 12:15
Posted by:~bella  - [Link]
ha ah of course I remember, my one time karaoke kat malaysia. i ingat sangat si sunet nyanyi lagu BBC misha omar, angkat2 kaki hahaha. weh nanti kalau sempat ketemu, teringin mahu berkaraoke kembali denganmu. Mon 25-Jun-2007 12:57
Posted by:kak ina
bella, hihihi lawakkan. dah geng karaoke kita pun dah lari ke desa permai. takpe,u kumpul lu lagu2 baru. u penat2 cari duit tu, perlulah beriadah gaks kan kan Mon 25-Jun-2007 13:01
Posted by:kak ina
View all 4 comments Add comment


Sunday, 8-Apr-2007 23:21 Email | Share | | Bookmark
Picnic, Birthdays & Tulips at Yokohama Koen

sebahagian food yang ada
aku terima nasi beryaninya...
dari presiden MSAJ turun pangkat jadi waiter
View all 30 photos...


Quote:
minggu lepas jiran ajak gi hanami kat shinjuku gyoen wa terpaksa menolak sebab kerja tak siap tapi semalam dia ajak untuk berpiknik di yokohama, wa terasa nak ikut pulak. Bila piknik, masing2 kenalah bawa sesuatu. Wa buat karipap sardin.

Pertama kali wa join budak2 JAD5 setelah setahun menumpang kasih ngan JAD4 yang telah grad. uwaaaa.

Main food nasi beryani, ayam masak merah, kurma daging, ayam 5 rasa, sayur campur. Dessert ada karipap sardin, sandwich tuna, puding roti, macaroni bakar. Ada juga nasi goreng nenas, mashed potato. Banyak sungguh makanan dan oishii sangat2 sampai tak larat makan.

Ada juga agenda tersembunyi, sambut harijadi Nabhan & Fatihah. Makan pula cheesecake dan choc cake.

Lepas itu bermula acara Tokyo Next Top Model. Bergambar dengan tulip2an di taman itu. Dah habis sume pokok kitorang bergambar, masing2 bersurai tetapi aktiviti budak pempuan beralih ke mall dalam Yokohama eki. Wa sempat sambar beg kat Emporium. wuhuuu. Pastu melepak kat Starbucks berejam2 sampai pukul 9 malam bukak kisah2 lama.

Minna san, tanoshikatta. Next time ada event, jangan lupa ajak sekali ya.

cantiknya tulipp.. maebashi xde tulip bebnyk la tahun ni.. Sat 19-May-2007 10:47
Posted by:ross  - [Link]
ha ah cantikkan. ross ni staff UTM ke? rasanya beberapa kali nampak di taishikan, teringin nak tegur tapi tak tertegur2 pulak. Fri 22-Jun-2007 18:21
Posted by:ina
Add comment


Thursday, 22-Mar-2007 04:38 Email | Share | | Bookmark
Soubetsukai 2007 @Shinjuku Gyoen

aku sibuk sok sek menguruskan di saat terakhir di depan rumah
posing wajib dalam densha
aku dan keitai lagi
View all 22 photos...


Quote:
Tiba saat yang dinantikan. Sedih pun ada. Majlis perpisahan buat mereka yang akan grad. Puan Didies, Nikku, PTD Yin & Nueks.

Tempat shinjuku gyoen yang baru ada sepokok saja sakura mengembang. kami makan2 di tengah2 matahari terik mengadap tasik. Ahli yang hadir: kak ina, bella, najwa, din, khazirul, shafeeq, arif, kouhai baru sampai - zaim & firdaus dan tetamu kehormat - mak & ayah nik.

Malam sebelumnya berkenduri di rumah I masak untuk picnic. buat kenny rogers (ayam panggang black pepper, mashed potato, coleslaw, macaroni salad), bee hoon goreng & kuih bingka.

Tahniah buat yang grad. 3 sambung kerja di sini. Yin kembali untuk meneruskan cita2 menjadi PTD. Omedetou gozaimasu!!

Care to comment?


Wednesday, 7-Mar-2007 23:41 Email | Share | | Bookmark
Luncheon with TPM & Wife

datin2 terawal sampai
Dato' & Datins Dentsu
Cak!!
View all 28 photos...
Kalau bab2 makan free ni memang pantang diajak. Menteri datang makan hotel best. Dulu Shahrizat, kali ni turn Najib pulak dengan menteri2 pengiring. venue: Imperial Hotel. Gempak giler kat Hibiya. First time sampai. Rombongan dentsu diketuai oleh Puan Didie, Dato' Fabian, Tun Nueks, I, Miss Belle & Cik Najwa. Selain food yang marvelous, yang paling best bini PM Jepun, Akie Abe pun ada. Dapat salam dia. wohoooo.

Alang2 dah kena matahari tu kan.. aku, Naj & Dids jenjalan tak tentu hala. Singgah Hibiya Park. Singgah Ginza keluar masuk tengok barang kedai mahal2. Lepak Starbucks bercerita kisah duka lara. Pastu berpisah kat Dids. Aku sambung gi Takashimaya, Shinjuku ngan Najwa. Agenda terakhir mengasah tekak di Shin-Okubo perasan jadi Esah dan Tokti.

ishh..tuh dia bejalan sakan noh siap karok melayu lembss tuh,tp di mn miss belle ittew Sat 17-Mar-2007 15:06
Posted by:miss neighbour~
Add comment


Wednesday, 28-Feb-2007 15:30 Email | Share | | Bookmark
Kimono o kiru

pusing2, bertali2
ketat tak? boleh bernafas?
Memoirs of a geisha.. ihiks
View all 12 photos...


Setiap hari Rabu wa pergi practice kaiwa (borak) kat CIFA Chofu. Cikgunya Watanabe San yang baik hati awet muda walaupun sudah 53 tahun. Minggu ni, dia ajak gi rumah dia, nak tunjukkan dan pakai kimono. Wa tak pernah lagi pakai, so excitedlah. Ajak Shahida buat teman borak. Wa ni Bahasa Jepun sangatlah pera pera. kekekeke. dah 2 tahun, masih tergagap2 lagi. Rumah Watanabe san besar, mansion kat Tobitakyu eki. Dia ajak jiran dia Hamaguchi san sekali.

Sampai2 teruslah operasi memakai kimono. Yang wa pakai kaler oren tuh, Watanabe san punya, diperturunkan pada anak sulung dia. Cuba teka harganya berapa? jeng jeng jeng,.. HYAKU MAN!!! RM30,000. Ihiks.. dapat kancil sebuah. Dah hampir 10 tahun tak dipakai sejak anak sulung dia umur 20 tahun sempena Seijin shiki (hari jadi dewasa di Jepun) Shahidanya warna merah anak bongsu dia punya. Harga murah sikit.. murahlah sangat. 30 ribu yen. RM10,000. ihiks.

Lepas bergambar2, bukak baju. Makan2 pulak. Dia tahu wa suka unagi, maka menu belutlah hari itu. Oishii!!! Pastu makan kek, makan buah, borak2. main2 ngan kucing. Sedar2 dah pukul 3 petang. Masa untuk pulang.

Ureshii!! Tanoshikatta!! Watanabe san, hontou ni arigatou gozaimashita!!

kiut nye kak ina ber kimono.... your friend shahida tu pun dah muka mcm jepun....hehehe Tue 20-Mar-2007 05:05
Posted by:wolverina
thank you thank you. i memang maintain cute dari dulu. hehe Mon 16-Apr-2007 08:03
Posted by:~k.ina~
Add comment


Monday, 8-Jan-2007 04:13 Email | Share | | Bookmark
Miso Shiru 101

ini ialah dashi jenama ajinomoto. stok ikan sayuran.
ini miso (bean paste). pastikan tiada sake ya di dalamnya
ini tahu kering. toufu age
View all 6 photos...
ya tuan2 & puan2. menu hari ini ialah Miso Shiru. Sup terenak di bumi Jepun ini. Bisa dimakan begitu saja atau selepas makan nasi. Ada macam2 jenis. kalau kat shokudo sekolah, dia letak tahu kering & wakame. Kat kedai sushi ada yang letak kupang2 tu, udang, ikan. Untuk yang mudah dan simple dan enak, kita buat yang resepi sekolah ya.

Bahan2: Mula2 ke Fuji Supa atau mana2 supermarket berdekatan anda untuk membeli bahan: dashi, miso paste, tahu kering, wakame.

Cara2 membuatnya:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Bila menggelegak, masukkan satu batang dashi. kacau.
3. Kemudian, masukkan 1 atau 2 sudu besar miso paste ke dalam penapis dan kacau2kannya ke dalam periuk tadi. Ini untuk membuang hampas2 tahu tersebut.
4. Hiris tahu kering dan masukkan ke dalam periuk.
5. Boleh juga diletak udang atau ikan atau kepah ikut sukalah. bawang ker, carrot ke.
6. Akhir sekali sebelum ditutup api masukkan wakame kering. tutup periuk

Wallaaa.. siap untuk dihirup begitu saja ketika sejuk2 ini.

hehehehe sekali2 terasa nak jadi kak hanieliza plaks. ahaks. nanti2 noh.. aku pi rumah hang buat demo miso shiru. Thu 25-Jan-2007 04:16
Posted by:ina can cook
kewl Thu 25-Jan-2007 05:58
Posted by:Ouled Kenitra kenitra1975@yahoo.com  - [Link]
erghhkkkk... lapanye. hulur2la sket

Need Photographer?
http://www.icatcher.com.my
Capture Your Inspirations
Thu 25-Jan-2007 09:00
Posted by:icatcher  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 31-Dec-2006 23:45 Email | Share | | Bookmark
SHIN NEN AKEMASHITE OMEDETOU GOZAIMASU!

dengan kawan nihonjin kak sal, kak siti, k.sal & an di embassy
nasi beryani & ayam panggang. kari kambing satu periuk, salad
airtangan cikgusaiful.pulut kuning&rendang,kuihlopis,nasi carrot
View all 6 photos...
Pagi ahad beraya di taishikang dulu bersama Nik & Kak An. Kaum keluarga Mogusaen tak ramai, jadi tak bergambar sangat. Petang tu pukul 2 ada jemputan makan di rumah Kak Ruhaya. Sementara nak menunggu pukul 2, sempat berkarokz sejam di Big Echo Fuchu.

Kali ini jemputan rumah Kak Aya hanya 4 orang: saya, K.An, Saiful sensei & Rashid. Rasa bertuah dah terharu jadi insan terpilih. ahaks. Kak Aya tak larat nak panggil ramai2 sebab Yusuf san sibuk suruh osouji osouji. Kan esoknya raya Jepun pulak.

Cam biasa makan kat rumah kak aya memang superb grand. Jemputan 4 orang tapi kak aya masak macam untuk 40 orang. Dah la Saiful sensei & Rashid dah makan sebelum datang. Nak harapkan kami berdua ajer? memang tak terabih ler. Pastu Saiful sensei laks kalau datang sure bawak sesuatu. Bertambah pula makanan.

Ingat setakat makan2 tu kejap ajer. Rupanya panjang agenda dia. Menengok rancangan nyanyi ujung tahun kat NHK tu, kami makan pula Toshi Koshi Soba. Wow.. walaupun perut sudah sendat tapi enak giler makan ngan tenpura2 tuh sume. Bila balik, tapau pulak makanan kak aya. then dia bagi pulak osechi untuk dimakan esok pagi.

Sampai rumah pukul 11 malam dari pukul 2 petang. Thank you kak aya & Uncle Yusuf.

Care to comment?


Thursday, 28-Dec-2006 04:00 Email | Share | | Bookmark
Ice skating @Art Rink, Akarenga Yokohama

sampai eki minatomirai
kita makan dulu.. subway!!
lalu cosmoworld.
View all 20 photos...


Setelah kehampehan aku bermain snowboard, aku masih tidak serik2. Ke acara sukan musim sejuk seterusnya, ice-skating. Aku rasa2 cam tak pernah, kalau pernah pun aku tak ingat aah. Kali ini ketua pasukan ialah Cik Nab Tempat di pilih di Yokohama. Atlet2 yang bertanding ialah Cik Nas, Cik Nik, Cik Naj dan Cik Na (sebab nak rhyme nama N gak kan )

Kira alrightlah aku suka. Walaupun mula2 kephobiaan terserlah tapi dah lama2 tu, berjaya gak lah aku ketengah tanpa memegang apa2. yes.. dan aku tidak jatuh!! Nak pergi lagi!!!

Dapat links ni dr fotopages An..hehehe..Yoroshikune!
Seronot nye pegi main ice skating..
Mon 8-Jan-2007 11:15
Posted by:Alang
yokosou alang. kita selalu jer menyinggah2 fp awak nun Mon 8-Jan-2007 13:26
Posted by:kak ina desu  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Dec-2006 03:17 Email | Share | | Bookmark
Snowboard Ryokou, Ryuoo Ski Park, Shiga Kogen, Nagano

aku budak JAD5. ihiks.
duduk ngan nik
makan kaki age udon yang amatlah oishii
View all 35 photos...
bertolak 23hb malam sampai tokyo balik 26hb subuh.

aku gediks2 nak ikut dak2 JAD gi main snowboard. Pernah ski, nak try snowboard pulak.

main snowboard katanya. aku berjaya belajar pasang snowboard, naik dan turun lift dan bangun diri tegak. ahaks. yang lain2.. aku menikmati keindahan alam dan turun gunung menapak dalam snow tebal.

tak lupa juga aku memulakan trend melepaskan snowboard dari puncak gunung sampai mencederakan izzal (hontouni gomennasai!!) (yer aaaa tuan dia tak turun2, snowboard turun dulu, dah aaar takde insurance!!)

oK aa tuH kakina leh diri jugaK.nnt thn depan pg ageH leh bLaja meluncour plaKs!!
tp sakeTnya usah teRKira n terkata,,amatLa sakEt.tp bila dh blK umah rs nk maeN lg plaKs,,
yeAh!!mata asobou
Wed 27-Dec-2006 12:41
Posted by:beLLa
ada lagikah tahun depan? kalau ada, aku mahu tutor!! Fri 29-Dec-2006 04:09
Posted by:ina
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.