|
|
| Thursday, 26-Jul-2007 22:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Moist Butter Cake
|
|
Kita berehat sementara dengan roti dan beralih kepada kek pula. Dah lama mengidam nak makan moist butter cake. Ku kalau bab kek ni agak fail sikit. Terjumpa resepi moist butter cake di forum. Ramai orang puji resepi Bebob nih. Maka ku beranikan mencuba dan hasilnya tidak menghampakan. Ku modify resepi dengan meletak 2 kaler extra - coco & merah. Ku makan mengalas perut tadi sementara menunggu masa untuk bersushi dan selebihnya ku berikan buah tangan buat Bella, Najwa & Shahida.
| Quote: | PLAIN BUTTER CAKE
(A) - 250GM BUTTER, 200GM (1 CAWAN) GULA, 210GM (2 CWN) TEPUNG GANDUM, 1 TSP BAKING POWDER
(B) - 5 BIJI TELOR
TUANG KESEMUA BAHAN A KEDALAM MIXER DAN ADUN SEBATI. SELEPAS TU MASUKKAN BAHAN B PERLAHAN-LAHAN. PUTAR LAGI SELAM 4 - 5 MINIT. PUTAR SEHINGGA ADUNAN LEMBUT DAN TIDAK BERBINTIL2. TUANG ADUNAN KEDLM ACUAN 9", BAKAR 160 C SELAMA 50 -60 MINIT ATAU UJI DGN LIDI DENGAN CUCUK DIBHG TENGAH KEK.
Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama. Selamat Mencuba...
|
Cik Talam, I cuba buat ala-ala marble cake. I cuma ambil dua bahagian sikit dan satu letak serbuk koko, satu lagi i telak pewarna merah. Masukkan yang butter mix dulu, then cocoa batter & red mix. Kacaulah sikit buat swirl guna sudu ke chopstix. Kalau letak serbuk cocoa, cuba tambah susu segar sikit sebab dia jadi keras sikit kalau cocoa semata. Cuba ya
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Jul-2007 22:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pau goreng @ Burger Malaysia
|
 |
|
sambal ikan bilis
|
|
 |
|
timun. mahal seh. sebatang 69yen = RM2!
|
|
 |
|
doh yang dah dibulatkan
|
| | View all 9 photos... |
|
Hari ini turn daku mengajak Shahida & Najwa dinner bersama. Memang niat di hati nak tukar2 ajak adik2 di sini makan bersama. Sabishii sungguh makan sorang2 nih tapi onna yang tinggal kat sini 3 orang sajorks, memang orang tu jer lah yang asyik kena panggil. Jangan malu2 jangan segan tau bila I ajak datang makan
Buatkan menu yang diorang tak pernah rasa lagi: kuew-tiow kung fu & pau goreng. Pau gorengku menjadi, sedap lembut (depa yang puji tau.. hehe) tapi kena practice lagi sebab rupa agak herot berot. Ku bulatkan cantik2 tak kemas lagi dohnya.
Esok ku mahu puasa, mahu berbuka apa ek?
| Quote: |
Resepi Yani di http://www.myresipi.com/top/detail/172
Bahan-bahan ( 10 biji )
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara
1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat.
3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas (api yang sangat kecil) sehingga kekuningan.
4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jul-2007 23:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yang pergi tak kembali
|
 |
|
termenung japs kat kedai sushi nak pikir menu
|
|
 |
|
kuih ketayap Een. sankyuu~~
|
|
 |
|
bingka jagungku
|
| | View all 21 photos... |
|
Nenek belah Ayahku meninggal Jumaat pagi. Bila berjauhan, sedihnya lain, tidak dapat bersama keluarga . Apa yang terdaya ku lakukan hanyalah membuat tahlil, menyedekahkan fatihah, yasin & doa buat arwah. Majlis buat tengahari Ahad.
Baca blog KakE, nenek dia juga meninggal. So, kami sama2 bacakan tahlil buat nenek KakE juga.
Thank you guys yang sudi datang . Een yang menemankan beli barang di Shin-Okubo dan bermalam dan menolong masak. Jiranku Bella yang datang malam tu menolong masak juga. Budak2 JAD4 ooops JAD5 (mekasih cik belle, betulkan) happening, Ah, Liana, Wanie & FaeR yang sudi datang dari jauh dan menemakanku masak2 malam tu. Thank you thank you terharu. Najwa yang lead tahlil dan imam sembahyang jemaah. Shahida yang datang awal menolongku tengahari tu dan seperti biasa tukang basuh pinggan setiap kali ada makan2 di rumahku. Last but not least, k.An yang datang dan bawa juadah kek chiffon perisa macha & karipap.
Thanks you guys. You guys give meaning to That's what friends are for.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Jul-2007 22:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Double celebration @Outback Steakhouse
|
|
Dari Tokai dengan budak2 JAD ke Yohokama dengan budak2 AAJ dan kembali ke Tokyo bersama budak2 dai sendiri.
Surprise!! untuk Datin Najwa & Dato' Zaim. Kali ini kami ke Outback Steakhouse di Minami Osawa. Great food & great company. Happy birthday to the both of you. Semoga panjang umur murah rezeki.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Jul-2007 23:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berhujung minggu di Kodomonokuni
|
|
Dari Tokai, ku bertolak ke Yokohama. Berjanji dengan Een untuk main masak2 dengan Jannah & Mon. Sampai di Kodomonokuni lebih kurang pukul 2. Terus tukar uniform dah masak. Masing2 buat bahagian diorang. Jannah buat karipap & kuih koci. Mon buat mee goreng. Een buat rojak mee & kuih ketayap. Daku buat apam balik. Sambil makan sambil kitorang ngap.
Tetamu datang lebih kurang pukul 7. Chee, abang kepada rakan sekerja Jannah dan awek Jepunnya. Melayan tetamu makan sebab tuan rumah sudah kekenyangan. Puas hati dapat makan kuih-muih Malaysia, terasa macam pergi pasar malam.
Esoknya kami ke Minami Machida. Plannya hendak tengok Harry Potter tapi sementara menunggu waktu tayangan, ku sempat bershopping sakan di Gap untuk anak buah dan juga menyambar 2 tops di kedai lain. First time dapat makan ice-cream di Cold Stone juga.
Harry Potter? Bolehlah. Macam biasa ku tidur sekejap dan tak berapa nak faham jalan cerita. Jannah & Mon, thank you for the hospitality. Een thanks for mengajak. Next time kita buat lagi kay & jangan serik ajak I tengok wayang tau
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jul-2007 22:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akhirnya.. menjejak kaki ke Tokaidaigakumae
|
|
Renkyuu - cuti panjang di Jepun. Isnin hari laut (umi no hi). Bermula dengan hari Jumaat, ku TERponteng baito. Tengahari ku dengar ada tetamu datang ke rumah jiranku. Ku jemput mereka datang makan tengahari. Pastu ku dengar mereka mahu ke Tokai. Aku yang sudah sekian lama menyimpan hasrat ke Tokai yang indah permai itu.
Akhirnya tersampai hajatku ke sana dengan Cik bella dan Cik Ah. FaeR dan Meija menjadi tuan rumah. Aktiviti pertama makan ice-cream yang femes itu. Disertai oleh Nana, Bad, Shah & Farid.
Bermalam di rumah FaeR. Ada aktiviti masak2, aktiviti meluahkan perasaan, aktiviti keagamaan. Semuanya ada, lengkap! Sabtu tengahari dengan berat hati ku terpaksa meninggalkan Tokai kerana ada temu janji lain pula di Yokohama.
Tokai... Terasa begitu best. Jemputlah lagi ya (hehehe muka tak malu)
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 12-Jul-2007 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuew-tiow Kung Fu
|
|
Dapur bakeri ditutup sementara. Gara2 ahkak try buat burger malaysia/pau goreng tapi gamaknya salah sukat yis kot, tak nak naik2 pun doh tuh. Cuba gak goreng tapi luar cantik tapi dalam tak masak. Ahkak cuba selamatkan dengan membelah dan membakarnya tapi gagal diselamatkan juga. Akhirnya tong sampah yang kenyang makan .
Maka kita bertukar pula ke juadah gerai ya. This is my favourite dish kalau makan kat gerai di Taman U. Kenkadang panggilnya mee hong kong, cantonese mee (rasa2nyalah). watchaaaaaaaaaaaa . Thanks to Hanis for the simple recipe.
| Quote: | bahan2:
kuew-teow sebungkus, 2 biji telur, lada hitam/lada sulah, udang, ayam, sayuran, tepung jagung di bancuh dengan 1 cawan air, sos tiram, garam, 1 ulas bawang puti, cili padi
Cara2:
1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada sulah dan gaulkan bersama kuew-tiow .
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan masukkan bancuhan kuew-tiow. Ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Terbalikkan supaya kedua-dua belah masak. Masukkan dalam pinggan yang sedikit melengkung.
3. [untuk kuah] Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan udang dan ayam, kacau hingga masak.
4. Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuali.
5. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
6. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. |
Selamat mencuba...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jul-2007 19:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Juadah Pantai Timur
|
 |
|
takde tudung periuk, penutup bekas biskut pun jadilah
|
|
 |
|
pengukus tu hadiah birthday I tahun lepas uuuu.
|
|
 |
|
laksam digulung
|
| | View all 16 photos... |
|
FP ni dah jadi fp masak2 lah. ihiks. angin rajin ke dapur dah datang, nak buek camno. Bukan selalu tau ahkak nak rajin2 camnih. Kalau sebelum ni, tema roti, di hari Sabtu yang berbahagia nyaman ini kita makan masakan pantai timur pulak bercirikan ikan kembung & ikan sela. Laksam & keropok lekor. Dibantu dengan pembantu yang lagi vogue, jiran I, http://nabilla.fotopages.com/Cik Rarabella.
thank youuuuuuuus
Kalau duduk Malaysia tak mimpilah nak masak benda2 nih. Tapi teringin punya pasal, ku gagahkan jua. Nak resepi sila ke http://myresipi.com/top/detail/975 dan http://myresipi.com/top/detail/185
Sedap uols. Walaupun berlaku kesilapan teknikal semasa membuat kepok (terebus pulak ikan tuh!! silap baca resepi) tapi hasil akhirnya tetap memuaskan hati. Jemput.. jemput makan.
[/img]
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Jul-2007 11:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sausage Bun
|
|
Ya adik-adik, bila mood kakak tengah baik, asyik nak ke dapur je kerjanya. Kalau malam tadi kita buat pizza, pagi ini masih dalam tema roti.. sausage bun atau roti sosej. Akak ni deknon, memang hantu sausage bun. Pantang nampak kedai bakeri mesti ahkak borong. Ada satu kedai dekat eki rumah ahkak ni kan, dia tak guna sausage, dia guna chikuwa. Harus lepas ini akak buat chikuwa cheese bun.
Seperti biasa resepinya akak ubah mengikut apa yang ada kat dapur akak pada tika dan saat hati meronta2 untuk menguli roti.
| Quote: |
Bahan-bahan ( 6 biji )
200g tepung, 10g gula, 3g dry yeast, 12g butter, 130ml air/fresh milk, 6 batang (lucahnya!! hehe ) sosej, 3g garam, telur untuk sapu, cheese ditabur di atas roti.
Cara-cara.
1. Campur semua bahan kecuali telur dan cheese. Adik-adik ulilah sampai lenguh tangan (10-15minit). Kalau ada breadmaker, ko set untuk buat doh. ON! (hint hint.. birthday ahkak lagi 4 bulan, boleh kumpul duit dari sekarang)
2. Keluarkan angin (buuuuurp.. hehe . Tumbuk2 aje doh tu) dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Buatkan bentuk bulat. Rehatkan selama 10~15 minit.
3.Sementara tu, rebus sekejap sosej dan sejatkan.. atau boleh bakar sekejap dgn toaster
4. Ambik satu doh roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 20~30cm. Lilitkan pada sosej. Buatlah sampai habis.
5. Biarkan roti naik sehingga 2 kali ganda sebelum dibakar. Sapukan roti dgn telur. Tabur cheese atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 12~15 minit.
Langkah bonus: Dah siap masak, ko hantarlah dua ketul ke jiran yang tengah doki doki suru nak happyou petang nih
|
Apa lagi deknon, cubalah. Kalau ahkak boleh buat, uols yang lagi tangan lembut sure boleh. Pasni tak yah nak menderma2 kat kedai bakeri.
Sekian episod memasak kita kali ini. Kita berjumpa di lain siaran.. chan chin chow.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jul-2007 22:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pizzassssssssss
|
|
yeeeha setelah berminggu2 mengidam nak buat pizza, akhirnya hari ini hajat tertunai. terima kasih pada http://angah1204.fotopages.com, sifu An yang ajar resepi simple lagi sedap ini. Gwe kalau masak suka cari resepi yang mudah aje, tak suka yang leceh2 banyak bahan dan banyak cara.
| Quote: |
Bahan2 base - Tepung 175gm, Yis Kering 2 sudu besar, Minyak 2 sudu besar, air, garam
Cara: gaul semua bahan sehingga lembut dan doh tidak melekat pada tangan dan bekas. Leperkan di atas dulang menggunakan tangan. Biarkan sehingga doh naik sekali ganda (dalam 15 ke 20 minit). Tekan2 dengan garfu supaya angin keluar.
Topping: kalau ada sos pizza, sapu atas tengah roti. Kalau tengok sos pizza dah berkulat (cam kejadian aku tadi ), ganti aje dengan sos tomato campur sos cili (nak bagi pedas sikit). pastu letaklah topping kegemaran. Tadi gwe letak tuna, bawang, cendawan, sosej dan brokoli. Akhir sekali tabur cheese secukupnya.
Bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 24 minit. |
Mudah bukan? Cubalah. Aku dan jiran makan berdua, sekejap licin. Terima kasih sifu!!
Next acara masak2 ialah laksam. kui kui kui.
|
|
|
|