|
|
| Tuesday, 25-Sep-2007 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MY Makan2 buka puasa
|
|
Update ~ Isnin lepas 8hb October buat pula untuk budak2 lelaki satu university. Jemput juga Said mamat Palestine sama2 belajar Bahasa Jepun. Banyak kali dia mintak kita masakkan masakan Melayu untuk dia, akhirnya tercapai hajat dia. Juadah sempoi sebab tengahari Isnin tu baru sampai rumah sebab malam sebelumnya tidur Tokai makan2 buke pose rumah Nana. Menu: cucur udang, cheesecake, bingka, ayam percik, dalca, bubur kacang dan teh tarik.
-----------------------
Kita stop dulu cite jalan2 Kansai. Banyak sangat gambar, nak kena sort out dulu. Penat!
Kita buka pula cerita Ramadhan. Hari ini sudah masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa. Bagaimana anda di luar sana? Alhamdulillah, seperti biasa, doa saya agar Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sudah2. Rajin2kan terawih dan perbanyakkan bacaan Al-Quran.
Hujung minggu lepas turn I pula buat makan2 berbuka puasa. Terpaksa buat dua hari, Sabtu & Ahad sebab kawan2 I ni kan semuanya ahli majlis tertinggi UMNO cawangan Tokyo. Hok ni tak boleh Sabtu, hok tu tak boleh Ahad. Maka bersilatlah I dua hari di dapur dengan bantuan jiran I, cik Rarabella & cik Puteri Najwa.
Sabtu ~ Tetamu undangan khas: Puan Sri Nana & Dato Paduka FaeR dari Tokai, Datin Seri An dari Mogusa. Tidak dilupakan Toh Puan Bella.
Menu pula berbuka dengan pau goreng/burger malaysia dan chiffon cake (An buat). Main: Nasi jagung berlaukkan ayam percik dan dalca dan diakhiri dengan laksa johor.
Ahad ~ Jemputan terdiri daripada Countess Ah & Duchess Liana dari Takao, Princess Wani dari Shibaura, Marchioness Een dari Chiba, Viscountess KakLong dari Yokohama dan orang kampung I Baroness Bella & Lady Najwa.
Menunya pula ~ Dessert : kek gula hangus, serimuka, vadei, cheese cake(Ah beli). Main: Nasi putih lauk gulai lemak cili api sotong dan kacang panjang, ayam, hati & pedal masak kicap, pajeri nanas. Supper: mee rebus.
Dan untuk kedua-dua hari, I jemput Pengiran Faisal, jiran I untuk bersahur atau lebih tepat menghabiskan makanan2 itu. Alhamdulillah juga, dapat juga kami berjemaah maghrib, isya' & tarawih bersama tetamu.
Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Tanoshikatta. Banyak juga juadah baru yang I buat pertama kali dan alhamdulillah menjadi. Nasi jagung, ayam percik, serimuka & mee rebus.
Maaf gambar tekito aje sebab biasalah ingat nak ngap aje. Dan gambar tetamu hari Ahad pun tiada sebab semua censored.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Aug-2007 23:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DAY 3 ~ UNIVERSAL STUDIO JAPAN (USJ) Part I
|
 |
|
kat apartment
|
|
 |
|
beli bentou
|
|
 |
|
nizam dan cita2 tak kesampaiannya utk menjadi pemandu densha
|
| | View all 34 photos... |
|
Sambung balik cite cuti2 Kansai. Akhirnya impian menjadi kenyataan. Nak sangat pergi Kansai sebab nak gi USJ. The last time I went to Universal Studios was when I was in the states. 3 years back when I went for a holiday in Japan with cik talam and my cousin Wanie, kitorang amik gambar kat luar aje sebab tak mampu nak masuk
Memang best walaupun tak banyak yang dapat main. Orang terlalu ramai. Masuk kul 11 pagi, kuar pukul 9 malam tapi dapat main 4 rides dan tengok satu show aje. Selebihnya dihabiskan masa dengan beratur. Pastu panas ya amat, berbotol2 air diminum. Tapi disebabkan ahli rombongan amatlah best maka tak terasa sangat lama beratur. Kitorang main2 kuiz dari kuiz geografi, sejarah, politik semua ada.
In my opinion Universal Studios kat LA lagi best. Lagi banyak characters dan movie studio. Kat Osaka ni lebih cam Disneyland but the company I kept at USJ is priceless. thanks guys
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 14-Aug-2007 23:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
USJ PART II
|
|
~MELOMPAT LEBIH TINGGI~
~ET, CALL HOME~
~There are some things that money can't buy~
 
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Aug-2007 23:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KYOTO part IV ~ GION
|
|
Tamat lawatan sambil belajar ke tiga temple, bergerak pulak ke Gion. Gion is Kyoto's most famous geisha district. Kenkonon nak cari geisha. We strolled along Hanami-koji, a street lined by beautiful old buildings, teahouses and restaurants. Tapi zannen deshita, geisha tak keluar malam tu.
Bergegas kembali ke Kyoto eki, sebab tourist guide dah lama menunggu. Kami dinner dulu. Dan kemudian ke our booked hotel. We stayed at an apartment. Best, recommended!!
Masa on the way nak gi apartment tu, berlaku samarenda. Wani telah tertinggal omiyage kat dalam densha. ciaaaaaaaaaan dia
Tamat sudah Kyoto. Best saikou!! Bandar lama yang menarik untuk dilawati.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Aug-2007 22:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KYOTO part III ~ KIYOMIZUDERA
|
|
Tak puas2 pergi temple lagi. Bertolak pula ke Kiyomizudera ("Pure Water Temple"), one of the most celebrated temples of Japan. It was founded in 780. In 1994, the temple was added to the list of UNESCO world heritage sites. Dari tiga2 temple, ni yang paling best walaupun pendakiannya lagi mencabar dari Gin tadi. Masa ni, tourist guide dah balik opis.
Cantik tempat ini, lushes green. Kali ini kitorang round bukit2 dia. Serius best, tak rugi penat mendaki.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Aug-2007 22:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KYOTO part II ~ GINKAKUJI TEMPLE
|
 |
|
penat ketiduran lepas berlarian mengejar bas
|
|
 |
|
nizam juga
|
|
 |
|
posing dulu tengah mendaki bukit
|
| | View all 24 photos... |
|
dari kin pergi ginkakuji pulak. katanya gin lagi femes. dah la nak sampai tu kena panjat bukit sikit. tapi bila sampai.. eh.. camni aje? bangunan dia sebijik cam rumah kampung tinggal kat kampung ayah aku. muhahaha
kisah sebenarnya Ginkakuji (Silver Pavilion Temple) ni nak dibuat macam sepupu dia si kin (emas) tu, nak dibalut ngan perak tapi impian tak menjadi kenyataan.
tapi kawasan sekitarnya cantiklah sebab berbukit2, kehijauan dan masa musim luruh ke salji sure cantik bangat tapi dalam kepanasan itu malas pulak nak round. kitorang keliling bawah aje dan terus keluar. Tempat ni pun listed by UNESCO as a World Heritage site in 1994.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Aug-2007 22:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd day ~ KYOTO part I ~ KINKAKUJI TEMPLE
|
|
Hari ke-2, Kyoto menjadi destinasi. Pertama kali berjumpa dengan Nizam, member FaeR, budak Dundee, Scotland. Ada gak kumbang sekor di kalangan bunga2 mekar berkembang ni. hehe. Didie kerja hari tu tapi dia sanggup keluar opis dan menjadi tourist guide kitorang. Mekasih didie, terharu daku.
Mula2 tu kami mencari tiket balik ke Tokyo. Plan nak balik naik bas tapi tiket sume dah habis. Nak tak nak, terpaksalah juga beli tiket shinkansen. Uwaaa kopak ler. Next, beli bus pass 1 day untuk round2 tokyo dan off to the first agenda of the day ~~ KINKAJU TEMPLE ~~ Golden Pavillion Temple. Listed on UNESCO's World Heritage List in 1994.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Aug-2007 23:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti2 Kansai bermula ~~ KOBE
|
|
Hasrat yang terpendam sejak sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Kansai ryokou!! Bertolak dari Tokyo dengan Bella, FaeR dan Wanie. Niat di hati nak bimbou ryokou (cuti2 miskin) tapi sebab cuti Obon (cuti panjang perayaan hantu Jepun), so tiket bas sume dah habis (alasan sungguh!!). Bershinkansenlah kami.
Sampai terus ke Kyoto, ke rumah Didie, hotel malam pertama merangkap tourist guide kami. Besh didie, layanan first class dari kamu. Arigatous!!
Lepas lunch, keluar untuk ke destinasi pertama.. KOBE!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Aug-2007 23:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berjamuan bersama JMC5 di teratak An
|
|
Hari Sabtu minggu lepas ku ke rumah An, menolong dia masak2 untuk jamuan yang dia buat untuk batch JMC5 yang masih tinggal di Jepun. Ini masuk tahun ke-9 mereka di Nihon. Sugeinaaaa. Malam semalam hampir pukul 2 pagi baru mula masak2. Tidur pukul 430 pagi. Esoknya pukul 9 sambung lagi.
Nihonjin memang terkenal dengan ketepatan janjinya dan tepat jam 1245 muncullah sensei bertiga. Alamak... aku baru habis mandi, kak an tengah bersilat kat dapur lagi. Kesian sensei kena tunggu di luar 10minit. hehehe. gomen ne. Borak2, dah pukul 130, kitorang makan dulu sebab tetamu yang lain tak nampak batang hidung lagi.
Pukul 230 gitu baru tetamu yang lain sampai. Alang & Azam, Jai, Syazrah dan 2 hero mereka. Mekti, husband dan si jantung diorang. Makan2, borak. Tak pernah ku buat, tapi ku melayan budak2!! ish ish ish.. tanda apa tu?
Menu tak usah cakap. Hebat meletup. Nasi dengan kari udang (yang amat saikou!!!), tilapia sweet sour, ikan bakar cicah air asam, kangkung goreng belacan. Ada laksa lagi. Diakhiri dengan dessert cheesecake & macha chiffon cake.
Dan yang paling best kan kan kan.. untuk An, si dia sudi datang. Maka akhirnya dapatlah ku mengenali si dia. Sungguh best An partymu. Kalau nak buat lagi, jemput2lah ku lagi ya
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jul-2007 22:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hanabi @Tachikawa Showa Kinen Koen
|
|
summer is here. time for hanabi taikai (pertunjukan bunga api). Kali ini ku beriya sedikit. Membeli yukata (cotton kimono) untuk ku padankan dengan rattan bag yang ku dah beli 2 minggu lalu. Dipakaikan oleh An, keayuan menaiki densha (keretapi) ke Nishi Tachikawa .
Sampai koen (taman) just on time. Kat mana pulak nak duduk ni? Jumpalah tempat yang sesuai. Makan sardine bun yang kami bawa bekal. Bunga api pun keluar. But.. wait.. eh mana dia? muahahhaa terlindung di belakang pokok . Bangun! bangun! tukar tempat. Menyelitlah di antara nihonjin (orang2 Jepun) yang dah landing dulu. Best juga view.
Bila habis, tunggu sat. Tak larat nak bersesak2 sangat. Bergambar sakan dulu. Thank you An for the hospitality, masak best di rumah, pakaikan kimono, kamera canggihmu tangkap gambar hanabi (bunga api). Thank you Belle sudi join, the camera too (and that hanabi edited pix) dan menemankan makan sushi (lapar pulak bila balik tu).
Next? Hon Atsugi, Yokohama atau Seiseki? Kena beli yukata baru nih. hihihi
| Quote: |  |
|
|
|
|