|
|
| Tuesday, 22-Jul-2008 04:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ke Tsurumi lagi...
|
|
Semalam berkunjung ke Tsurumi lagi. Kunjungan susulan hasil ajakan yang dilayangkan semasa kunjungan 2 minggu lepas. Berkereta kami berempat dari Takahatafudo. Perjalanan agak lama 1.5jam kerana jalan jammed orang2 Tokyo kembali setelah cuti 3renkyuu berakhir semalam. Kalau pergi rumah Kak Hani tak makan tak sedap, tak sahkan. Punyalah marvelous, bercourse2. Terlebih isi perut awal2 hidangan, tak tahu banyak lagi yang akan dikeluarkan.
| Quote: | Menu:
chilled cheesecake - gambar lupa nak amik
ayam panggang - pun sama
sup daging
nasi minyak hujan panas
jagung bakar
ayam perisa satay
daging perisa satay
kuah kacang
jagung bakar
acar timun nanas
lobak putih tuna mayonis
air ume
teh ais
|
Tu diaaa... takyah makan kat hotel. Hotel Puteri Hani Tsurumi sudah mantaps!! heheh. K.Hani & husband, An & si dia sibuk berbicang hal2 negara, I & Najwa duduk diam2 makan bertambah2. hehehe.
Kak Hani, thank you again. Terima kasih tidak terhingga for the superb spread, your hospitality and help.
p/s: Alamak, dah 3 entry berturut2 gambar makanan. Goman ne kalau terliur.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Jul-2008 15:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
1st Washoku Class
|
|
Ahad lepas dapat jemputan ke rumah Kak Aya di Minamidaira untuk belajar memasak masakan jepun. Bertiga pergi dengan An & Liana.
Menunya
1. Oyako don 2. Buri Teriyaki 3. Shira ae 4. Horenso/Renkon goma ae 5. Kinpira Gobo 6. Miso shiru.
| Quote: | Bahan-bahan untuk Oyako don (ayam dan telur di atas nasi)
1. 2 keping ayam dibuang kulit,
2. Daun Mitsu ba - 1 pack
3. Telur - 1 pack
4. Hidaka Konbu – 1 pack
5. Kezuri Bushi jenis campuran Gyoumu you
6. Bawang – 1 biji |
Buri Teriyaki
7. Ikan buri (tongkol) – 4 keping
| Quote: | Shira ae (Masakan putih bercampur)
8. Tofu – 2 pack
9. Shirataki – 1 pack
10. Lobak Merah – 2 batang
11. Kinusaya – 1 pack
Horenso Goma (Bayam bijan)
12. Horenso (bayam) atau Renkon (teratai) – 1 pack
13. Suri Goma (Bijan kisar) ( putih atau hitam ) – 1 pack
Kinpira Gobo
14. Gobo yang telah di basuh – 1 pack ( 99 yen shop ) Kalau jumpa satu pack gobo & ninjin yang telah siap di potong boleh beli |
Bahan2 asas lain : Gula (ganti mirin) & Shoyu (kicap cair)
Cara memasak punyalah senang. Untuk semua masakan 1 suda besar gula dan satu sudu besar shoyu. Untuk exact cara nanti ku rujuk pada An ya sebab dia yang buat catitan. Maklumlah masakan ini wajib untuk dia tapi harus untuk kami
Maaf, gambar tukang masak dan kami2 semua takde sebab tidak bertudung dan nak cepat balik untuk ditapau. Percayalah betapa sedapnya masakan2 ni, I ngan Liana yang ke Hachioji telah makan bersama2 McAh dan Najwa sampai licin semuanya (kecuali Miso Shiru.. kikiki tak masuk pulak kali ni rasanya). padahal sayuran2 cam gobo tu haramlah kitorang nak makan kalau kat kedai.
Terima kasih Kak Aya. Nanti kita belajar masakan lain pulak ya.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jul-2008 12:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan awal minggu
|
|
bersambung kebusyan. tetamu2 Chiba-ken pulang Ahad petang dan ku berehat2 di malam hari. Menonton Wimbledon finals sampai ke pukul 530 pagi. pergh memang best. Sampai rasa nak tukar nama Kuden jadi Rafael. hehehe.
Isnin pagi pukul 10 telefon rumah ku berdering2. Tiada lain selain dari bakal cik puan Zehan. Diceritakan ranjau dan onak yang telah dilalui untuk menerima sekeping kertas kebenaran itu. Lalu ku nasihatkan untuk terus berjumpa yang berkenaan di taishikan. "Jom kita pergi naik kereta", kata cik puan. Tapi bukan dengan Kuden tapi dengan cik Tiida An. Sebelum tu singgah masjid Jamek Turki kat Yoyogi Uehara untuk urusan seri paduka baginda.
Then ke kedutaan besar malaysia di Jepun. Daku pun ambil kesempatan untuk buat claim top-up elaun yang telah ku tangguh2kan sekian lama. (duit dah habis baru tercari2 nak korek lubang mana). Maka berjumpalah daku dengan pegawai taishikan paling best abad ini , Encik Redha. hehehe. Siap kena perli sebab lama sangat nak claim. Cik Puan Zehan pulak pergi jumpa Encik Kadi Amir. Ne no ne no, maka bantuan pun telah diberikan. Maka semakin clear jalan yang perlu dilalui oleh cik puan. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi dari kami untuk pegawai2 kedutaan Malaysia di Jepun (ecececeh... lebey2 lak puji kan )
Pastuh An ajak jumpa Puan manis manja di Yokohama. Ku mahu perkenalkan kerana mana tahu An boleh tuntut ilmu dari Kak Hani. Maka bergeraklah dari Shibuya ke Tsurumi, 1.5 jam perjalanan. Dapat jumpa Aimee yang hari tu termiss masa bday party dia. Dah kurus cik adik comel itu. Borak2 dan dapat tips2 keluarga bahagia masyarakat cemerlang dari kak hani. Mekasih kak hani kerana sudi terima tetamu mengejut.
Pastuh An ajak balik tidur rumahnya sebab hari ni dia nak ajak pergi Costco Tama Sakai. yay!! memang tempat fav daku tuh. Sebab teringin nak makan tenpura. Nak cari udang fresh kat situ dan ikan apa nama yang ku dah beli minggu lepas yang begitu sedap sekali digoreng begitu saja. Seperti biasa dah berjalan2 di setiap lorong, TERBELI pulak Corelle square white 16-piece set. yahuuuuuuu. ahaks. On the way balik, singgah pulak Ito Yokado kat Minami Osawa nak cari tepung tenpura aje. Tapi akhirnya terbelilah bahan2 lain untuk dibuat tenpura dan inilah hasil2nya.
| Quote: | udang, cendawan, labu, rebung, bendi, isi ketam goreng tenpura
ikan tak tahu nama tapi rasa macam ikan air tawar kat malaysia goreng
miso shiru kepah dan lobak putih
nasi beras jepun
teh lemon gogo no kocha ais
|
Makan dua orang sampai terlentang. Kalau ada Puan Ah, datin liana dan engku najwa yang diundang tetapi tidak sudi itu (kih kih) kan lebih enak dapat makan ramai2.
Sekian, pengembaraan weekdays ku kali ini. Sehingga bertemu di lain siaran.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Jul-2008 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bapaku pulang dari kota.. bapaku belikan...
|
 |
|
mas kahwin
|
|
 |
|
isi penuh malam sebelum minyak naik harga
|
|
 |
|
parking je dah 5ribu yen sebulan
|
| | View all 42 photos... |
|
alkisahnya. pergi amik bawak balik hari Isnin. Selasa jalan2 Costco & Minami Machida. Rabu jalan2 Kichijoji & Hachioji. Khamis, encik drebar balik dan Kuden berehat. Jumaat, dayang2 datang ke rumah. An singgah jugak. Amik kesempatan beranikan diri pegang stering 1st time hantar An balik rumah. Dan bila sekali dah pegang stering memang naik gian ler. 3 tahun berehat. Perasaannya tak terkata. hehehe.
Pagi Sabtu lepas breakfast, melayan2 kesengalan tetamu, punyalah puas berfikir mana tempat nak pergi nih. Sebelum ada encik Kuden, banyak je tempat nak pergi, bila dah ada kaki, tak tahu mana nak pergi sebab rasa semua dah pergi. Akhirnya teringat pada tempat ini yang sudah lama tertangguh2 pemergiannya. Ke Kamakura akhirnya.
Encik Navi kata jauh perjalanan 1.5jam tapi cik driver nih, tersilap2 simpang sikit akhirnya jadi 3 jam. Balik pun sama sebab nak elakkan jam kat highway. Tapi memang kimochi sebab natsukashii habis kerana daku sebenarnya memang hobi jalan2 bawak keta.
Lepas ni mahu pergi mana ek? Jom jom buat rombongan cik Kiah.
p/s: nak bagi nama apa nih? I kenkonon minat Rayyan. Takpun Ralf ke. Tapi Een suruh boh nama Kuden sebab ternampak masa simpang nak masuk Kamakura. Kuden pun rasa cam best je. hehehe
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jun-2008 05:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mesyuarat cawangan UMNO Tokyo
|
 |
|
lepak Dapur Pertama di Shibuya dulu
|
|
 |
|
Nubhan, Aswad dan.. sapa ntah :P hehe
|
|
 |
|
kat toilet pun posing
|
| | View all 12 photos... |
|
Antara aktiviti2 utama di sini ialah menghadiri perjumpaan dengan menteri. Kat states tak merasa sebab duduk jauh dari embassy. Kat London, I tak amik pot sangat. Tapi kat sini sebab duduk kat ibu negara dan berkroni dengan ahli2 majlis tertinggi. maka selalulah dapat jemputan2 ekslusif ini. Tapi i bukanlah sangat nak jumpa pak2 dan mak2 menteri. Lebih kepada nak merasa pergi hotel mewah2 dan makan best2 aje.
Malam semalam giliran Menteri Kerja Raya di Imperial Hotel di Hibiya. Before that weols lepak2 kedai kopi dulu. Dapatlah i berjumpa ngan Nubhan AF6 dan Aswad AF5.
Kat hotel, iols berempat duduk semeja ngan pegawai kedutaan Encik Zakri@Mr. Kak Aini, Puan Bahria dan anak datuk menteri. I ni kan.. walaupun niatnya nak pergi makan sedap2 tapi tak pernahnya i dapat makan banyak pun. Sebabnya?? sebabnya bila dah masuk bab2 politik hal ehwal negara nih, i memang tak reti duduk diam. Kali ni dah pesan ngan mereka supaya melarang saya berkata2. Saya nak tawaduk makan tak pandang kiri kanan. Tapi tidak berjaya juaaa
Tapi best dapat bertanya macam2 pada Encik Zakri. Berdebatlah juga ngan anak datuk menteri tu. Kesian kat Nana untuk kali ke-2, terpaksa menadah telinga mendengar I mengeluarkan hujah2 hampeh I sebab dia terperangkap duduk di tengah2. Gomen ne. hehehe
Terima kasih Cik Nurul Nana untuk gambar2 di atas.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Jun-2008 14:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Girls Nite Out @Kodomonokuni
|
|
Minna, hisashiburi!! dah lama daku tidak bersiaran di alam maya ini. Ramai yang rindu ya?? hehehehe. Dah lama terperap kat Disneyland. Cite2 lama tu malas nak update, sudah basi.
Semalam daku memenuhi jemputan makan2 di rumah maknya si Jasmin di negara kanak2. Kami berkumpul2 perempuan, isteri dan dot dot dot kawasan Tokyo, Chiba dan Yokohama.
Best makan2, borak2. ada topik beli keta, topik masuk kelas masak, topik jumpa selebriti jepun sampai ada orang tu kena menapak jauh2 sebab pergi turun bas awal dari sepatutnya. kui kui kui.
Sungguh bahagia di hari minggu . Thank you Jannah . Kalian2 semua, nanti kita berjumpa di lain kali ya!!
p/s: mekasih jua buat achik Een dengan kamera baru yang serba canggih itu.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Mar-2008 23:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Disneyland Cinderellabration 2008
|
|
This is actually my 6th Disney experience (maybe 7, cannot remember if I went to the one in Florida). All with different people. This time around with Najwa & Iza. Disneyland tengah buat campus campaign, harga tiket discounted dari 5,800 yen tinggal 4,500yen. Dengan pujuk rayu Cik Najwa yang dah gedik2 tak sabar nak pergi, maka pergilah jua daku walaupun dah sampai tahap hafal all the rides and all the kedai2 kat dalam tu.
Pagi2 tu bangun dulu goreng meehoon dan buat sandwich telur untuk bekalan. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi. Memang nait nak santai2 taknak berkejar2an. Pergi masa cuti sekolah, punyalah ramai umat Nabi Muhammad kat Disneyland. Nak beli popcorn pun beratur panjang hokay. By tengahari semua Fast Pass dah habis, tinggal Haunted Mansion yang tak haunted tu je. Kitorang malas nak beratur panjang2, so untuk pertama kali tak naik satu pun roller coaster. Splash Mountain ke Space Mountain ke. Big Thunder Mountain dan Buzz Lightyears Astro Blaster tutup Naik ride yang bodoh2 aje. Dan kali ini banyak tengok show.
Yang berbezanya kali ini, kitorang dapat tengok Cinderellabration, pertunjukan coronation of Cinderella. Dan untuk pertama kalinya, tangan ini bertuah sebab berjaya dalam cabutan nombor untuk duduk center stage depan castle. Kalau tidak kenalah chop tempat awal2 kat keliling2 tu. Kali ini betul2 depan, hokay. wuhuuuu.... VVIP gitu tengok pertabalan Cinderella lepas kahwin ngan Prince Charming.
Bila pergi Disney Sea, terasa Disneyland best. Bila pergi Disneyland semalam, terasa Disney Sea pulak best. Ontah laaaa... hehe. Kalau poket tebal, sanggup jalan kaki jauh dan turun 5 perut bumi kat Tokyo eki dan beratur panjang2, Disney's theme park is definitely for you. For sure, I'm going to be back again with different people.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Feb-2008 15:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Snow, Chocholate Heart cake & Samrat's curry
|
|
Kaji cuaca meramalkan salji turun lagi di Tokyo. Bila bangun pagi tadi, nampak di luar mendung saja, sah! Cam best aje melingkar lagi dalam futon, tapi apakan daya pukul 1015pagi perlu berada di Shinjuku untuk kelas memasak.
~the view from the top~
Pukul 830 pagi dah keluar dari rumah An. Belajar membuat Chokora Haato Keki atau nama Jawanya chocolate Heart cake. Maklumlah, Valentine's Day pun dah dekat. Belajar bersama2 Rose dan Kozue-chan di ABC Cooking.
~~hasil air tangan ku~~
Habis memasak, makan nan & kari di Samrat Restaurant. Best best. So far kedai India paling best antara 4x4=8, Karachi atau Raj Mahal.
Nak lagi!!
Lepas tu kitorang pun pulang ke sarang masing2 dan salji masih turun di luar sana.
p/s: Thanks An for the free cooking class
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Dec-2007 08:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lindah's Amazing Race
|
|
Last week I receive a facebook message from a Singaporean friend, Lindah. The Bristol grad whom I knew through another Singaporean and fellow UCL grad, Rabi'ah. She said she got a free tix and wanted to visit me. Yay!! Rabi'ah visited me June last year and now Lindah. How come only my Singaporean friends are visiting me?
Normallah kan orang datang melancong. Yang tak normal pasal visit Puan Lindah ini ialah.. she's only here for a day!! Yes tuan2 & puan2, tukang masak & tukang bancuh simen. Her flight landed at Narita at 7 am Saturday and she's back at Narita for her flight home 930am Sunday. Very the Amazing race gitu!!
So, I told her to take the Keisei line and I'll meet her in Ueno eki. I took Intan with me. It's the long New Year break (yang takde break, aku aje!! ) Like Rabi'ah last year, Lindah already researched the places she wanted to see. So, all I've got to do is planned the day and take her on the wonderful Tokyo train system.
First order of the day is Asakusa. I myself haven't been there. So, sama2lah jadi tourist hari tu. Asakusa have preserved a certain atmosphere of the old Tokyo. Asakusa's main attraction is Sensoji, a very popular Buddhist temple, built in the 7th century. The temple is approached via the Nakamise, a shopping street that has been providing temple visitors with a variety of traditional, local snacks and tourist souvenirs for centuries. Lindah bought two nice short kimono. Kata taknak shopping makcik tu
Then we moved to Harajuku, center of Japan's most extreme teenage cultures and fashion styles. Before that, we took her to Tenya. Since she requested to eat tenpura & sushi. She liked the tendon. Yay!! Then we strolled Takeshita Dori and makcik ni gila2 pening suka dengan baju2 kat kedai2 situ. She tried on a lot of cute dresses and bought one. After that ajak dia makan crepe pula. And she explored the 100yen shop there. Sume benda2 yg very Japanese-like.
Dari Harajuku, we went Shinjuku. Old Tokyo dah, young hip Tokyo dah. Now it's turn for Tokyo redlight district. Ala2 Lorong Haji Taib gitu tapi happening and not as scary (macamlah aku pernah pergi Lorong Haji Taib pun!!) hehehe. Kabukicho, named after a kabuki theater, features countless restaurants, bars, pachinko parlors, love hotels and a wide variety of red light establishments for both sexes and sexual orientations. Kitorang yg orang Tokyo pun tak jalan2 kat situ tapi ada tetamu request, so pergilah kami ke sana.
Kaki pun sudah penat, at 630 we decided to call it a day. Skrg winter 430 dah gelap. Bawak dia makan di kedai sushi 100yen near my place. Bella were there too. Balik rumah, borak2 dan ketiduran.
Sunday, 430 am dah bangun and I sent her to take the bus to the airport at Seiseki. The bus was at 530 am. After bye2, I went straighgt to school sampai pak guard pun tegur. Dahlah cuti, sekolah tutup but I semangat waja ke lab juga.
Demikianlah amazing race si Lindah. I hoped she liked the short visit. She experienced a lot of Japanese culture even for a day. Lepas ni datang lama2 sikit ya Lindah
Btw, HAPPY NEW YEAR EVERYONE! YOI OTOSHI O!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 23:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya Haji muncul lagi...
|
|
Hari Raya Haji ke-3 di bumi Jepun. Keluar dengan Bella pukul 730am dan berjanji bertemu An di Fuchu tetapi cik An kita terbabas pula hari tu. Kami pun ala2 lambat (biasalahkan). Berkejaran naik bas di Shibuya dan ala-ala panik tengok tak ramai orang dalam bas dan juga kasut2 depan embassy. Takkan salah hari kot kitorang. Hari bekerja dan hari sekolah, tidak berapa ramai yang hadir, bermakna bolehlah makan lebih. yay!! hehehe. Juadah pun banyak kali ni.
Sampai2 terus ke bawah untuk sembahyang raya. Jumpa geng2 biasa di bawah tu. Dah habis terus makan2 pulak. Yang lainnya juadah kali ni ada kambing panggang dan mee goreng. Cam tahu2 je kita mengomel masa on the way kata dah muak asyik makan nasi beryani dan ayam masak merah. Kali ni pun diorang buat ayam kurma. Suka suka.
Borak2, bergambar2.. ala.. aktiviti biasa di embassy. Sapa muka lama, berkenalan dengan muka baru. Lepas tu ahli2 ronggeng ke destinasi cinta.. eh destinasi seterusnya.. lepak dan lepak lagi. Ke Shibuya dan kali ni Cafe Excelsior pula menjadi pilihan. Dari pukul 130 sampai pukul 4 bergossip xOxO di situ. Pukul 4 bergerak pula ke aktiviti seterusnya, berkaraoke. Ish ish ish.. sassuga beraya kat jepun ne. Sampai pukul 7. Then purikura pulak. Akhirnya pukul 8 lebih baru bergerak pulang.
Tapi hari ku tidak berakhir di sini. Percaya atau tidak, ku sempat singgah sekolah tau!! uwaaaa. Mengadap supervisor sekejap pukul 9malam tu. Pukul 11.45 malam baru selamat sampai ke rumah. Sekian kisah ku berhari raya haji di sini.
|
|
|
|
|